Monday, March 28, 2011

Aktiviti Yllc Ride Ke Muar Mmg Best

Salam kawan2 semua,ahad 27/03/2011 Jam 5ptg Yllc telah mengada kan 1 Konvoi Ke Muar,Konvoi ni di meriah kan lebih dr 15 org lah,mmg best ride kali ni sbb kita org lepak n beriadah kat Tg Mas Muar Dan Pada Sebelah Malam sebelum pulang ke melaka kami gi pekena MEE BANDUNG MUAR Kat Jalan Pesta Bakri.Mmg best masakan Mee Bandung Muar dan Milo ais Brother tu buat mmg slurp...Jam 9pm malam kami balik ke melaka,tapi aku ketinggalan jauh kerana x leh nak speeding sbb block masih dalam pantang..Geng2 yllc meninggal kan aku tanpa belas kasihan...sedih tul..hahaha apa pun kami ttp happy dgn ride kali ni..







Monday, March 21, 2011

Right It Right At MITC Melaka Berakhir Sudah

Tahniah buat Penganjur(PENZOIL) Dan Tahniah Buat Geng2 YLLC kerana Berjaya Menjaya kan karnival Ride it Ride di Mitc Melaka Pada 19/03/2011.
Karnival yg cukup meriah yg di hadiri oleh ramai pengunjung malahan bekas2 cup prix negara turut sama menjaya kan karnival ini.
Tahniah juga Buat YLLC kerana Penzoil memberi perhargaan kpd club yllc,Secara rasmi nya YLLC Telah di daftar kan secara sah di bawah Persatuan Permotoran Melaka(PPM).
Karnival ni juga di rasmi kan dan di meriah kan oleh ketua menteri melaka iaitu Datuk Mohd Ali Rustam.MMg best event kali ni sbb yllc di beri kan 1 khemah khas,permission,sukarelawan dan jg kerja2 sbg Crew Karnival.
Tahniah Buat Yllc Member yg bertungkus lumus menjaya kan karnival ni...Jumpa lg di karnival Ride it Right N9 Bulan Julai nnt dan last event penzoil di Litar Sepang.








Nak tengok gambar2 yang lain boleh lah berkunjung ke face book saya k...Klik Here To My Facebook

Tuesday, March 15, 2011

Ride It Right

PENCARIAN JUARA SEBENAR BERMULA LAGI..

Di Carnival RIDE IT RIGHT " Tunggang..Jangan Tunggang Langgang.." !!!!

Lokasi Di MiTC, MELAKA!!!!


Pada 19-03-2011, SABTU


Dari 9 PAGI hingga 12 TENGAH MALAM.



JUMPA ANDA DISANA!!




Sunday, March 13, 2011

Movie Terbaru Minggu Ni (HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA)


Pada 8 Mac yang lalu, tayangan perdana khas filem ke lapan terbitan KRU Studios telah berjaya memukau dan membuka mata penonton dengan keindahan filem yang sedang hebat dicangan di merata tempat. Selepas dicalonkan dan memenangi beberapa buah anugerah di dalam FFM ke 23 yang lalu dengan mempertaruhkan filem Magika, kini syarikat milik tiga beradik ini tampil pula dengan filem epik-aksi yang diberi tajuk, Hikayat Merong Mahawangsa.

Filem yang dikategorikan sebagai salah sebuah filem wajib tonton tahun ini akan beraksi di pawagam pada 10 Mac ini, serentak tayangannya di Brunei. Filem edaran KRU Pictures ini bukan lagi satu penantian malahan kini berubah menjadi satu realiti yang pasti. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, filem epik dengan bantuan CGI membawa haluan imaginasi kita ke tahap maksimum sehingga akan menimbulkan rasa kagum dan percaya.

Filem epik-aksi ini menceritakan kembali kepada kita mengenai mitos yang dikatakan telah ditelan zaman. Mitos yang dahulunya wujud di hati penglipurlara di zaman purbawara ini membawa kita menyusur galur sebuah lagi kisah zaman pemerintahan yang agung. Hikayat Merong Mahawangsa yang diambil cerita asalnya dari sebuah buku mitos yang bertajuk sama ini difilemkan dengan interpretasi yang tersendiri. Pengarahnya, Yusry Abdul Halim yang amat terkenal dengan hasil tangannya yang penuh magikal dan penuh dengan CGI ini amat menarik perhatian.  Sebuah kerajaan yang dahulunya memang terkenal dengan cerita seorang lagenda bangsa yang terkemuka. Namanya bukan satu perkara asing dan sering disebut oleh penglipurlara zaman dahulu kala. Mengenai seorang wira yang diberi nama Merong Mahawangsa. Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini merupakan sebauh filem epik yang berdiri dengan menggunakan kesan teknik CGI. Hampir 60% filem ini menggunakan CGI untuk menyokong jalan cerita mitos yang dibawa.



Antara barisan pelakon yang membintangi filem epik ini adalah Stephen Rahman Hudges, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Hendrik Norman, Dato Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Craig Fong. Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi iaitu pemenang Drama Sebabak ERA.

Pengambaran yang dijalankan di sekitar Pahang dan Terengganu ini sebenarnya melibatkanlebih dari 200 tenaga produksi yang bekerja di dalam sesuatu tempoh. Maka, tanggungjawab yang diserahkan untuk filem epik seperti ini pastinya akan lebih bermakna jika melihatkan kepada hasil produk akhirnya. Tiada cacat cela yang ketara, cuma ada rasa bangga dan terpesona sahaja.  

 Filem yang dimulakan dengan babak di mana salah seorang keturunan Merong Mahawangsa sedang menulis hikayat ini untuk dipersembahkan kepada anak cucu mereka kelak. Kisah penceritaan seorang tokoh yang dianggap lagenda dunia mitos ini dimulakan dengan permulaan bagaimana pertemuan Putera kerajaan Rom dengan Merong yang ditangkap di Goa kerana sedang menimbulkan satu kekocohan di pelabuhan. Akibat tertarik dengan sikap dan juga gelagat Merong yang menarik perhatian. Seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain ini dilihat sangat pandai bertarung dan bijak pandai orangnya.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.  Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat? Sama-sama kita saksikan kesudahannya di pawagam kelak.



Bercakap mengenai hasil kerja kreatif ini, Yusry selau pengarah filem ini memberitahu, filem ini merupakan hasil kerja yang dibuat pada 2 tahun yang lepas dan di sepanjang tempoh masa itu juga dia telah banyak mempelajari pelbagai perkara baru. Maka, hasil yang dikeluarkan jika dibawa ke masa sekarang maka hasilnya akan turut berbeza. Tidak hairanlah jika ini pernyataan yang dikeluarkan oleh Yusry sendiri kerana pengambaran yang dijalankan selama dua bulan pada tahun 2009 ini sudah lama berlalu. Filem yang menelan bajet sebanyak RM8,000,000 ini sebenarnya tidaklah semahal yang kita sangkakan. Melihat kepada tenaga produksi yang dibawa dari dalam dan luar negara dan juga para pelakon yang terlibat akan memberikan anda satu persoalan. Adakah baket sebanyak 8 juta itu benar-benar cukup untuk menghasilkan filem sehebat ini? Anda tonton dan nilai sendiri hasilnya.

Disebabkan oleh filem ini bergenre epik, maka penekanan warna kusam, gelap dan juga nampak lebih sesuai dengan zaman. Imaginasi Yusry untuk bermain dengan ruang dan penetapan props dan CGI di dalam skrin amat tepat dan meyakinkan sekali. Melihat kepada hasil CGI yang ada di dalam filem ini sebenarnya masih ada banyak lagi ruang untuk improvisasi. Yusry sendiri membuat pengakuan bahawa jika filem ini dijalankan pada tahun ini dan bukan pada dua tahun yang lepas, maka hasilnya tidak akan sama. Kerana CGI dan teknologi mengalami evolusi.

Walaubagaimanapun, trend CGI yang dikekalkan oleh KRU Studios ini patut diteruskan, dikembangkan dan semoga akan menjadi satu budaya sihat yang akan mengubah wajah industri perfileman tanah air kita. Bukan mahu memenangkan teknologi, namun perkembangan media baru ini berada di mana sahaja dan kini sedang mempelopori dunia perfileman seantero dunia.



Bahasa di dalam filem ini bukanlah bahasa sebenar yang digunakan oleh penduduk bumi pada tahun ke 120. Namun, pengarah memutuskan untuk mengutamakan keselesaan pelakon untuk melontarkan dialog mereka dengan fasih dan juga mendekati pemahaman penonton. Tidak memberikan penekanan yang berat kerana pengarah mahu penonton juga memahami apa yang dikatakan dan jika bahasa asal yang digunakan, maka penuhlah ruang sari kata yang berada di bahagian bawah skrin. Stephen Rahman yang ditemui ketika majlis sidang media turut memberitahu bahawa dia juga memerlukan masa untuk mengetahui dan memahami setiap dialog yang akan dituturkan.

Tiga naskhah telah diperuntukkan dengan versi berbeza disediakan untuk membantu pemahaman pelakon. Maka, tidak hairanlah jika di satu babak sebelum pertempuran akhir kerajaan Langkasuka yang diketuai oleh Merong Mahawangsa sendiri dilakukan dengan penuh semangat dan pengucapan dialog Stephen lancar dan mampu melahirkan kesan emosi yang tepat. Berdiri bulu roma dengan kata-kata laungan semangat tersebut.

Pergerakan plot yang bergerak selari dengan bantuan tukang cerita di bahagian awal, pertengahan ketika melalui titik transition dan juga di bahagian akhir cerita ini menarik. Jarang sekali cerita Malaysia yang membawa tukang cerita begitu jauh sehingga ke penghujung cerita. Membantu jalan cerita dan memberikan mood yang berbeza. Jika anda amati secara mendalam, filem ini tanpa bantuan tukang cerita? Pasti akan kurang impak penumpuan fokus anda kepada apa yang ingin disampaikan.



Terjemahan idea secara literal juga banyak dibawa ke dalam filem  ini menurut kesesuaian dalam penceritaan. Cetusan imginasi memenuhi ruang dengan keperluan yang tertentu tanpa sogokan yang luar biasa istimewa pada mata penonton. Burung geruda yang diceritakan di dalam naskah Hikayat Merong Mahawangsa berbeza dengan geruda yang dimaksudkan di dalam filem ini. Jika mengikut naskhah sebenar burung geruda itu adalah burung sakti yang gergasi yang mempunyai kuasa yang sangat hebat namun di dalam filem ini, sedikit improvisasi dilakukan bagi menjaga sensitiviti sesuatu perkara yang didorong oleh perkataan mitos.

Pujian perlu diberikan kepada para pelakon yang terlibat. Terutamanya kepada Khir Rahman yang membawakan watak antagonis, Kemawas yang zalim dan rakus. Watak yang dibawakannya hidup dan rasa benci serta marah kepada Kemawas semakin menebal apabila penonton melihat kekejaman dan kezaliman Kemawas kepada Embok dan keluarganya. Namun, adakalanya wujud saat di mana tumpuan watak utama beralih dari Merong kepada Kemawas pula ketika tiba saat pertarungan mereka berdua. Kemawas nampak lebih dominan, yakin dan juga mampu meyakinkan penonton lebih sedikit dari watak utama.

Tidak hairanlah jika kita katakan bahawa, Khir mampu mencuri sebentar tumpuan lampu sorot watak utama yang protagonis itu. Kewibawaan Stephen dan Khir sebagai pelakon tidak boleh diperbahaskan lagi. Walaupun kadangkala, pengucapan dialog Stephen kedengaran pelik dengan kepelatan bahasa, namun pujian harus diberikan kerana Stephen berjaya membawa watak Merong dengan berjaya sekali.



Filem ini sebenarnya cukup rasa. Ada tawa di dalam duka, ada cinta di dalam sengketa dan ada jenaka di dalam derita. Watak yang dibawa oleh Ummi Nazeera sebagai Embok di dalam filem ini penuh emosi dan penuh. Wataknya biarpun hanya muncul seketika namun meninggalkan kesan dan impak yang tertentu. Embok berjaya meneutralkan rasa pahlawan sejati yang ganas, kasar dan gagah perkasa itu. Embok juga berjaya menunjukkan sisi lembut si perwira penyelamat suku mereka.

Watak inang kepada tuan puteri di dalam filem ini berjaya ditandingi dengan lakonan Nell Ng yang nampak lebih hidup karakternya. Lawak jenakanya yang comel dan mencuit hati ini jauh lebih menarik untuk ditonton jika dibandingkan dengan watak tuan puteri itu sendiri. Watak pelakon pembantu dengan karakter yang menarik perhatian akan mendapat perhatian penonton.

Sebuah filem yang penuh dengan keindahan dan satu sisi transformasi kepada masa hadapan industri seni tanah air. Semoga dengan lahirnya filem ini akan membawa industri perfileman kita setapak ke hadapan dan akan berlaku evolusi di dalam arus tayangan sinema di Malaysia.  



Detim with Hani Asmidar at Melaka Bandaraya Warisan Dunia (12/03/2010)

Kali Pertama pertemuan kami ni cukup mendebar kan..maklum lah sebelum ni mesra n detim kat alam maya je(Facebook and Newbiefm Cbox).1st time jumpa kat Petronas selepas Tol Air Keroh Melaka sebelum kami mencari hotel untuk check in(Untuk Hani je lah taw).Then perjalanan seterus nya kami gi Lunch kat AEON JUSCO (Restoran Kaizer)leh tahan lah makan kat situ.Seterus nya kami jalan2 kat Aeon sebelum memasuki kedai NOKIA..ha3x..usha2 hp dan beli 2hp model n brand yg sama taw..jgn jeles..ahakz...
Pastu lakh perut pun dh lapar balik,so kita org gi Mc'd melaka mall,lepak2 kat mc'd sambil on9 kat situ.Kul 8.30mlm kita org gi menonton wayang cita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA(Best jg cita ni).Pastu kita org jalan2 kat bandar hilir,eye on sebelum singgah makan di Restoran Warisan kat Limbongan.pas makan apa lg jam dh dekat kul 1pg,aku hantar hani balik hotel dan pastu lakh aku balik umah lah..ha3x...tu lah cita kita org 1hari 1st time detim..

NOKIA C5-03 Yg kita org beli aritu..kira hp ni best juga sbb smart and touch screen,function dia pun mcm2 ada,antara nya WIFI,3.5G,skype,facebook,twitter,camera 5.0mp online yooutube dan pelbagai lagi..hu3x klau nk cita x abis ni kang..ha3x...

Thursday, March 3, 2011

Racing Boy Contest Round 3

Salam kawan2,Pihak Racing Boy telah menganjur kan kembali contest Round ke 3 Pertandinagan motor tercantik dan motor yg paling banyak LIKE..,Pada Pusingan Ke2 Lepas,wakil kami dari yllc iaitu Saudara zaim a.k.a Berg/insan istimewa telah menjuarai pusingan tersebut.Untuk Round Ke 3 ni sorang lg wakil dr yllc mencuba nasib untuk contest ni,so beliau ada lah Ime Violex,Saya memohon dr anda semua untuk LIKE motor Yamaha LC135 milik Ime violex..Untuk Klik LIKE,anda hanya perlu ke link di bawa ni dan klik LIKE pada Motor tu...Klik Here

Sekira nya anda belum  Join fb RACING BOY Tersebut,anda Perlu Klik dulu untuk join..Klik link ni tuk join fb racing boy Klik Here

Wednesday, March 2, 2011

Ride and event with Y135C/KOM N9/MBC/ UTEM & YLLC 27/02/2011 To Kota Laksamana Melaka

Event yg cukup menarik yg di anjur kan oleh y135c ke kota laksamana Melaka menarik minat lebih dari 135 biji jentera lc135 dr beberapa club yg terdiri dr y135c,kom,yllc,mbc dan juga utem Lcians.suasana yg cukup meriah pg hujung minggu menggamit kan sekitar bandar melaka.xtvt tempat persinggahan pertama adalah di petronas air keroh sebelum di bawa makan tengah hari ke Restoran Subaidah MITC.Next semua rider di bawa ke Bandar Hilir di mana xtvt ini ada lah xtvt yg di rancang oleh Geng2 UTEM Melaka Dan Y135C,Xtvt menarik dan berjalan2 sekitar bandar hilir..Sekitar jam 4petang Jentera Lc135 di bawa ke masjid selat untuk menunai kan solat dahulu....Tepat jam 6ptg Jentera Lc135 di bawa ke Alai bay bg sesi ambil gambar dan seterus nya ke xtvt makan2  di medan ikan bakar alai bay..
Untuk melihat gambar2 yg menarik dlm event ni,korang leh tgk kat facebook aku ya..